Mukaddimah
Aku mulakan penulisan kitab yang kecil dan ringkas ini dengan tajuk cara menyambut bayi lahir kedunia ialah untuk mengigatkan diri sendiri dan berazam untuk melaksanaknya pada anak sendiri dan kerabat dan handai juga untuk memberi khabar kepada umat islam semuanya akan perkara-perkaya yang sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam keatas cucunda baginda Hasan dan husin bin Ali karamallahu wajhah. Dari sirah baginda.
Ambo juga mengambil dari Tuan Guru Agama Tuan Haji Babo Abdurrahman Golok (Thailand), tuan guru yang mursyid lagi kuat pengangan agamanya dan bayak amalan ugamanya. Tutur dan kalamnya Allah anugrahkan nur sehingga sesiapa yang mendengar ucapannya nur itu Allah pancarkan juga kepada pendengar. Subhanallah Walhadulillah atas kurnia yang diberikan Allah kepada Tuan guru saya itu. Beliau pernah pada suatu hari pergi atas jemputan seorang ahli mesjid di kariah kami belajar agama untuk tusammi (memberi nama dan mejlis kesyukuran atas kelahiran seorang bayi lelaki) maka beliau bertanya siapa nama Ayah sinak dan ibu sianak dan mendokong sibayi dan berdo’a sejenak kepada Allah. Beliau berkata;”hari ini kita akan buat seperti yang disunahkan oleh baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.” Maka saya melihat satu persatu yang InsyaAllah akan saya nukilkan didalam isi kitab ini.
Dan Ambo ambil dari ceramah Ustaz Zulkarnain Hamzah (Malaysia) disebuah mesjid An-Nur Bandar Baru Bangi dan isi ceramahnya ada persamaan dengan apa yang dibuat oleh tuan guru saya dari Thailand.
Juga Ambo nukilkan dari pengalaman Ambo dengan seorang dokter pakar Dr. Muha Aziz dalam konsultasi dengannya mengenai Zuriat dan anak yang soleh
Semoga tulisan yang singkat ini dapat mengingati diri Ambo dan juga muslimin dan muslimat dan semoga Allah jadikan ia Amal soleh bagi Ambo dan mengampunkan dosa Ambo, Istri Ambo, orangtua Ambo dan keluarga serta kaum muslimin dan muslimat yang hidup atawa yang telah meninggal dunia. Am,in ya Rabbal ;Alamain
23 Muharram 1429 H
Ibnu Teungku Zain Al-Abidin Al-Burnuni Al-‘Asyi
Tata cara pengurusan kelahiran bayi
Cari calon isteri yang memenuhi 4 katagori sunnah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Yaitu, 1) Agamawati 2) Jelitawati 3) hartawati 4)kasta yang baik
bacalah do’a untuk dapat zuriat dalam Al-Qur’an: Rabbana hablana minladunka zurriatan tayyibatan inna Ka samiud du’a
jika telah mengandung, banyakkan pemakanan Halal baik seperti Tamar dan Kismis
Amalan perlu di tambah seperti Membaca surah: 1) Waqi’ah 2) Yusuf 3) Maryam dan lain lain
bagi bapak pula banyakkan amalan seperti diatas dan juga banyakkan puasa, jaga mata, telinga, mulut dan lain sebagainya
do’akan Istri mendapat anak yang soleh dan soleha (‘Alim dan Alimah)
(pergi pengecekkan dokter)
Apabila bayi lahir kedunia maka disunatkan mengazan ditelinga kanan dan mengiqamatkan ditelinga kiri
kerabat, tetangga disunatkan untuk mengembirakan orang yang dapat anak dengan mengunjunginya
pangil orang yang wara’[أ] dan takwa[ب] untuk menurunkannya tahapan yang dilakukan berikutnya
tanyakan nama Ibu bapanya dan do’akan kepada Allah supaya zuriat ini dan yang akan lahir jadikan orang yang bertakwa, pembantu Agama Allah SWT.
mengunyahkan dengan mulut orang wara dan takwa tadi kan tamar dan memasukkan dalam mulut sibayi tadi dengan jari telunjuk dan dan meletakkan dilangit2 sibayi dan memutakkan kekanan posisi orang wara’ tadi dan kekiri dan pada lidahnya. (do’akan ia supaya fasif dalam membaca Al-qur’an pandai berbicara agama, tidak menyakiti hati orang tua dan orang lain dengan lidahnya, dan dapat menghafal hadis qur’an dan dapat akhir kalam dengan ucapan lailahaillallah.
kemudian bacalah Ayat Qur’an diantaranya yang dianjurkan ialah; Inna Anzalna hufi lailatil qad
kemudian orang yang wara’ tadi akan memangilnamanya dengan menyebut: Sekarang kita panggail kepadanya ialah :........................(terserah nama yang baik yang akan diberikan oleh orang wara’ tersebut) misalkan (Muhammad Zubair) maka ia akan pangil nama tersebut 3 kali atau lebih.
ia akan memulakan memotong rambut dibahgian atas kepala bayi dan rambut tersebut disimpan
pilih beberapa (4) orang alim lainnya bersamanya untuk memberi penghormatan atas mereka untuk mengunting rambut budak tersebut pada 1 bahagian tiap 1 orang yaitu bahagian depan, belakang, kanan dan kiri.
(ini tiada pada masa nabi) tetapi tidak bersalahan dengan syariat bahkan ia dapat pahala yaitu berselawat beramai2 dengan menbawa sang bayi berkeliling dan kerabat dan orang yang datang akan memengnya sebagai tanda senang hati atas kehadiran tetamu baru dalam rumah itu dan dalam islam.
para hadirim dijamu makanan dan mungkin ada do’a diawal ataupun diakhir ini tergantung kepada orang yang diundang.
madhirin beredar dan terbit dari rumah
Ayah sibayi harus mencukur kesemua rambut sibayi dan menimbang ia akan rambut itu dan kadar itu dinilaikan dengan emas maka disedekahkan nilai emas tersebut kepada anak yatim, (atau beberapa sahaja yang termampu oleh siayah pada saat itu) Wallahu’lam
pada hari ke tujuh disunatkan untuk mengaqiqahkannya (sunat sahaja) alangkah elok jika dilakukan jika tidak dapat pada hari itu karena kepicikkan ekonomi maka dibolehkan pada masa kelapangan ekonomi.
Rujukan
Al-Qur’an
Hadis Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam (sirah baginda)
Tuan Guru Babo Haji Abdurrahman Golok
Ustaz Zulkifli Hamzah
Dokter Muha Aziz
[أ] Orang yang terpelihara dari benda benda yang makruh apatah lagi yang haram. (spt Rokok, Petai, Jengkol dll)
[ب] Takut Allah Azzawajalla dengan miningalkan yang semua larangannya dan melaksanakan perintahnya.