Video diatas bukalah Dr.Mohd.Rasyid Rayyan Jordan
Bismillahirrahmanirrahim
Puji Pujian
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah zat yang maha pemurah lagi amat mengasihani akan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh, rahmah dan kasih sayang Nya tiada terhingga sehingga hamba itu berbuat dosa dengan menganiaya diri sendiri Ia tetap memberi udara, air, rizki untuk hamba itu dan Alangkah bahagianya Ia bila hamba itu memalingkan muka nya dari lembah kejahatan kepada Nur Ilahi yang memancar dan menghampiri begitu pastas bagi hambaNya yang mahu kembali kepadaNya. Subhanallah wabihamdika ‘adada khalq fis Samai wal ‘Ardhi wa ma baina zalik.
Selawat dan salam ku sanjung sajikan kepada Pahlawan revolusi Islam yang telah membawa segenap umat manusia dari lembah yang hina kepada derjat yang tinggi dan Mulia dari kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat yang tiada terbatas dialah Nabi Allah wa Habibullah Muhammad bin Abdullah Sallallahu ‘alaihi wassalam ‘adada khalq fis Samai wal ‘Ardhi wa ma baina zalik.
Amma ba’du
Mukaddimah
Dengan izin Allah dan kesihatan yang diberikan oleh Nya kepada hamba ini, menulis akan isi ceramah dari Dr. Mohd. Rasyid Ar-Rayyan (Dosen atau pensyarah di Universiti Jordan, Fakulty Syariah) akan satu hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam di Mesjid An-Nur lepas solat magrib. Yang membincangkan tentang 7 golongaan yng akan mendapat naugan pada hari qiamat yang tiada naugan selaain dari pada naugan Allah SWT.
7 Golongan yang mendapat naugan Allah pada Hari Qiamat
Hari Qiamat
Mari kita untuk barang sejenak berfikir dan meneroka akan hari qiamat seperti yang Allah gambarkan dalam Al-Qur’an Nur Qarim.
Bumi digoncangkan dengan gomgangan yang hebat
Gunung ganang di terbangkan bagaikan kapas
Air dilautan diangkat kebumi
Manusia dalam keadaan kebingungan
Manusia akan melupai akan anak yang sedang disusuinya
Mata hari dan planet-planet lainnya saling berbenturan
Hari yang begitu dahsyat
Inilah hari Qiamat
Hari Kebangkitan
Pada hari dibangkitkan, manusia Allah himpunkan dengan himpunan yang banyak dari nabi Adam as sampai bayi yang lahir diambang hari qiamat. Ramai dan berhimpit dipadang mahsyar untuk menunggu saat perhitungan menpertangung jawabkan beberapa soalan mengenai, Umur, Harta, Ilmu, dari mana dan kemana digunakan?
Pada masa itu manusia dalam keadaan ketakutan dan mereka tidak mengenal lagi anak dan isteri, kita akan mencari perlindungan dan naugan yang ada hanya 1 naugan Allah pada hari itu, sedangkan keadaan yang panas dan manusia berbeluh, ada yang setinggi buku lalinya ada setinggi lutut, perut dan ada yang tengelam dalam keringat dan ketakutan dan manusia berlari menghampiri naugan itu, sedangkan disitu ada para malaikat yang menjaga dan sisiapa yang ingin masuk mereka bertanya adakah engkau permitnya maka mereka bertanya pada siapa kami dpat permit jawab malaikat dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam. Mereka adalah
Imam yang ‘Adil ialah pemerintah/presiden/raja/seseorang lelaki maupun perempuan yang diamanahkan kepimpinan ia berlaku adil terhadap anak pimpinannya itu.
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan mesjid ialah seolah-olah hatinya ia tinggal dalam mesjid dan apa bila ia keluar dan menjalani kehidupan mustahil menjalaninya karena hatinya tiada (umpama)
Lelaki yang diajak oleh Wanita Jelitawan dan hartawan untuk berzina maka ia berkata SAYA TAKUT KEPADA ALLAH begitu juga halnya dengan wanita jika diajak oleh lelaki yang rupawan dan hartawan
Seseorang yang bersedeqah dengan tangan kanan dan tidak diketahui oleh tangan kiri maksudnya ikhlas karena Allah.
Lelaki yang mengingati Allah dalam keseorangan dirinya dan ia mengalirkan air mata karena takut kepada Allah demikian pula bagi kaum wanita
Lelaki yang dibesarkan dalam keadaan taat kepada Allah begitu juga dengan kaum wanita yang dibesarkan dalam keadaan taat kepada Allah SWT
seseorang yang berkasih sayang semata-mata karena Allah berjumpa dan berkumpul serta berpisah kerana Allah SWT.
Wallahu’alam
Tgk.Beureunun
28-01-1429 H