Mula kalam hamba aturkan puji
kepada Allah Rabbil Jalali
salawat dan salam terkhas kepada Khataman Nabi
Akhirun Nabi Tauladan setiap insani
Ya Allah...Rabbul 'Izzati
Pemilik Tahta Yang Tinggi
Malam ini daku tuliskan sebuah puisi
untuk meluahkan perasaan hati sanubari
yang lama terkunci
Ya ...Allah yan Rabbi
Apabila pagi cerah berseri
tiada erti tanpa nama Mu terucapi
begitu jua apabila malam datang menutupi
daku mengingati Mu dalam sujud dan berdiri
Ya Allah...rabbul Jalali
kyulakukan semua ini supaya aku Engkau ridhai
hamba berdo'a supaya Engkau masuki dalam Jannah Firdausi
bersama dengan nabi kami Muhammad Salallahu'alaihi wasallam dan sahabi
salawat kepada rasulullah sebanyak yang Engaku sukai