Golongan
Kanan dan golongan Kiri
Alhamdulillah.
Tuhan yang patut dipuji
Pemilik
dan Penguasa semua Mahkluk yang bertahta di ‘Arshy
Shalawat
dan salam terjunjung tinggi
Kepada
khataman nabi Muhammad Al-Hasyimi
Wahai
muslimin dan muslimat yang sejati
Teruskan
keta’atan mu pada Ilahi
Berdasarkan
panduan wahyi
Dan
tuntunan sunnatun nabi
Percayalah
hanya itulah kejayaan yang hakiki
Janganlah
engkau tergoda dengan bujukan duniawi
Yang
bersifat imitasi dan akan engkau tinggal pasti
‘Amallah
yang setia menemani engkau diakhirat nanti
beruntunglah
wahai wajah-wajah yang bersinar berseri-seri
merasa
teduh dibawah naungan ‘Arashy Ilahi
mereka
berbahagia dan tertawa dengan karib
dan ahli
Allah
redha kepada mereka kerana ketaatan kepada Allah dan nabi
Mereka
masuk dalam syurga yang telah Allah janji
Penuh
nikmat yang belum pernah dirasai
Mereka
bebas minum di sungai-sungai susu dan madu setiap hari
Mereka
tidak berhadas dan keringat mereka adalah kasturi
Isteri
mereka adalah bidadari-bidadari
Cantik
jelita dan bermata jeli
Memandangnya
tidak akan puas dan memikat hati
Mereka
selalu bernyanyi untuk meriangkan hati sangsuami
Isteri
mereka, Allah janjikan gadis yang selalu suci
Pandangan
mereka hanya kepada suami yang dicintai
Bercumbu
mestra dalam istana dari emas murni
Bercanda
ria di taman-taman syurgawi
Bagi
mereka (golongan kanan) wanita-wanita seleha pencinta Allah Izzati
Selalu
bershalawat kepada Saidina nabi
Menjaga
perhiasan mereka dikala terang dan sunyi diri
Tunduk
dan patuh mengikut syari’at Ilahi
Beruntunglah
mereka tanpa sedikitpun rugi
Mereka
bersuka ria dengan wildan-wildani syurgawi
Yang
selalu muda, rupawan yang tiada terbandingi
Mereka
akan melayaninya silih berganti
Mereka
membawa minuman dalam piala-piala sloki
Dengan
segala jenis air yang dikehendaki dari salsabili
Susu,
madu, khamar dan banyak macam lagi
Mereka
makan daging burung dan peluh keringatnya menjadi minyak wangi
Celaka
bagi orang-orang yang mengingkari
Ingkar
kepada Allah dan rasul serta hari yang pasti
Muka
mereka penuh dengan debu hitam yang mengotori
Ketakutan
dan keringat mereka mencucur deras dari pori-pori
Kepanasan
oleh matahari yang sejengkal jari
Mereka
mandi dengan keringat sendiri
Mereka
sedih, merintih tiada terperi
Menunggu
giliran nisab amalan ketika di bumi
Tatkala
kitab dibagi dan diterima dengan tangan kiri
Kitab
apakah ini yan Rabbi?
Ia
tertulis semua kejahatan tanpa tertinggal sebiji sawi
Mereka
sedih teramat sedih sehingga kerongkongan mereka penuh dengan hati
Itulah
balasan bagi mereka yang mengikut nafsu birahi
Sehingga
telah melupakan hari berjumpa dengan yang Maha Mengadili
Mempertanggung-jawabkan
segala amalan yang telah dibuati
Umur,
ilmu dan harta semua ditanyai
Datanglah
malaikat penjaga pintu api
Tiada
kasih sayang padanya walaupun sebiji padi
Diseretlah
para manusia yang berdosa kedalam neraka yang penuh api
Tiada
memperoleh makanan kecuali buah zaqqum dari pohon berduri
Tiada
dapat menggemukkan dan tidak dapat mengenyangi
Dengan
buah zaqqumlah perut mereka terisi
Kemudian
meminum lelehan besi Allah beri
Itulah
siksa bagi orang yang melupai
Allah
dan rasul serta hari kebangkitan nanti
Disiksa
dalam angin dan api yang panas sekali
Membuat
mendidih darah dalam urat nadi
Sekeliling
mereka asab hitam tebal menyelubungi
Tiada
sejuk dan tiada menyenangkan hati
Mereka
itulah yang telah bermewah-mewah dalam kehidupan ini
Membuat
dosa-dosa besar bertumpuk menggunung tinggi
Itulah
mereka daripada golongan yang kiri
Wana’uzubillah,
semoga Allah menjauhkan kita dari golongan ini
Dan
memasukkan kita dalam dalam golongan Abrori
Amin
ya Allah, Ya Rahman, ya Karim, Ya ‘Azhim, ya Rabbul Izzati.
Wassalam
Rabu.
17 Zulhijjah 1423 H/ 19 Februari 2003
Mesjid
As-Sarfiah, Teluk Wea. Yala.
Thailand
Selatan