30 Desember 2007

Jangan sambut 1 januari ...Kenapa?






Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh
saudara Zulkifli Nordin .

Di bawah ini adalah intipati kuliah
beliau yang sempat disalin. ..

Di antara lain, beliau mengupas ayat
120, surah Al Baqarah,
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠)
mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga
engkau menurut agama mereka yang telah
terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya petunjuk
Allah, agama Islam itulah petunjuk
yang benar".

Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu
mereka sesudah datangnya (wahyu
yg memberi)pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan peroleh dari Allah
(sesuatupun)yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepada mu.


Beliau juga menyebut hadith
Rasulullah SAW yang berbunyi,
lebih kurang :

"UmatKu dilalaikan tanpa disedari
seperti semut hitam di atas batu hitam
di malam yang gelap.

Siang ia Islam, malam ia kufur;
dan siang ia kufur, malam ia Islam.
Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan
Islam kita akan menggunakan apa saja
cara untuk menyesatkan kita."



Sekarang mereka menggunakan cara yang
begitu halus sampai kita sendiri tidak
sedar yang kita telah mengikuti mereka.
Tengok saja di sekeliling kita..
Contohnya, haribulan.

Berapa ramai yang tahu bahawa cara
tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan
tuhan mereka?


21hb Ogos 2002 AD.
Apa maksud AD di belakang?

Makna AD ialah "AnnoDomini";
bahasa Latin yang bermaksud
"Anno" ialah aku/saya,
dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan.

Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan
sebagai"... beberapa hari
setelah tuhan aku
dilahirkan."


Nauzubillah..
Insaflah kita kerana
secara halus kita mungkin termasuk
dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW
seperti di atas.

Sebab tulah kita
dianjurkan supaya beristighfar selalu.


Bila sampai 31 Disember, berapa
ramaikah umat Islam yang meraikan
tahun baru?

Tetapi sedarkah mereka bahawa
telah difatwakan
oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi,
Sheikh Yusof Al-Qardhawi
dan Ulama2 kontemporari
bahawa menyambut 31 Dis.
bererti menyambut ulangtahun hari jadi
tuhan Yahudi & Nasarah?

Bagi mereka yang tidak
tahu, hukumnya fasik,

tetapi bagi mereka yang tahu
(kita sekarang sudah tahu)
hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.


Sesungguhnya yang baik itu adalah
dari Allah S.W.T dan yang kurang
serta salah dan silap adalah dari
kelemahan saya sendiri.

Wallahu a'lam.
Dapatlah kiranya dipanjangkan,
In sya Allah kita semua
akan diberikan hidayah.'


"Berpesan pesanlah kamu walaupun
dengan sepotong ayat.."

Salam, ya sahabat.