Jika kita buka kembali tirai sejarah silam pada masa kekasih kita nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda akan kita dapati bahawa Hijrah mereka adalah berlandaskan kepada paksi keyakinan, kekuatan iman, dan kekuatan akidah yang jitu sehingga mereka mampu meninggalkan apa saja yang mereka cintai hanya sanya untuk Allah dan Rasul-Nya:
1. Tanah tumpah darah mereka tinggalkan
2. Istri, anak dan keluarga
3. Harta benda yang mereka ada
4. Pangkat dan derjat mereka tinggalkan
Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-baqarah ayat 218:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَرۡجُونَ رَحۡمَتَ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٢١٨)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (218)
Firman Allah (QS. 3:195)
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). (195)
Mereka hanya merasakan lazatnya Iman, berharganya iman, sehingga tiada apa apa yang bias benda dari pada dalam dunia ini yang bisa mengantikan Iman, Islam yang telah mereka miliki, Inilah kelebihan generasi yang terdahulu.
Tetapi generasi sekarang mereka mendapatkan iman & Islam dengan percuma dan mereka tidak dihadapkan dengan suasana bagaimana orang disiksa karena iman mereka kepada Allah, sehingga mereka generasi terkini tidak tau nilai iman, nilai islam sehingga mereka dengan mudah mengadaikan iman dan islam mereka hanya untuk perut (uang) kemaluan mereka (menikah dengan orang lain agama)
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
pernah meminta kepada rasulullah s.a.w: “Ya rasulullah izinkan hamba ini menemani engkau masa berhijrah dan izinkan saya ya Rasulullah.”
Permintaan ini diterima oleh rasulullah.
Sidiana Umar Ibn Al-Khattab
Pernah mengistiharkan dihadapan Ka’bah dengan Keberanian dan kehebatan yang Allah bagi kepadanya ia berkata setelah bertawaf dan solt 2 rakaat di Mekkah:
“Wahai kaum quraisy siapa diantara kamu yang ingin anak-anak kamu menjadi yatim dan Istrinya menjadi janda, mari lawan aku di luar Mekkah kerana aku ingin berhijrah ke Yatrib.”
Cabaran dan tawaran umar itu tidak siapapun yang berani menentang.
Saidina Ustman Bin Affan
Berapa banyak harta baginda yang ditinggalkan di mekkah
Saidina Ali Bin Abi Thalib
Diantara para sahabat nabi yang terakhir meninggalkan mekkah kerana 2 tugasan yang diberikan oleh Nabi s.a.w: iaitu:
1. Mengembalikan barang barang kemas masyarakat Arab kepada pemiliknya yang diamanahkan kepada Al-Amin (Nabi Muhammad s.a.w)
2. Mengantikan tidur ditempat tidur nabi muhammad s.a.w semasa rumah nabi di kepung oleh pemuda quraish yang ingin membunuh nabi muhammad
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang mahfumnya ialah:
Tiada lagi Hijrah selepas ini (Fatah Mekah)
Mengapa tertutup pintu Hijrah?
Para Ulama membahas dan menjawab soalan ini dengan 3 jawaban:
1. Tidak perlu berhijrah lagi kerana Umat Islam telah ramai Cuma sekarang kita mau bentuk negara Islam seperti yang ada pada Rasulullah s.a.w
2. tidak akan mungkin dapat dilakukan oleh generasi yang akan datang tanpa pertolongan Allah dan bimbingan rasulullah bersama-sama mereka
3. Dikhawatirkan akan terjadinya peristiwa seperti yang telah menimpa baginda nabi saw dan sahabatnya di Taif dan Abassinia
(Dr. Nik Zawawi Nik saleh = Forum Ma’al Hijrah 1429)
14 Januari 2008
Kaitan Hijrah dan Kekuatan Aqidah
Getuleh oleh Tgk.Beureunun Pada Senin, Januari 14, 2008
Label: 1 Muharram 1429, aceh, Allah, Aqidah, Hijrah, Ilahi, Iman, islam, Sigli. Meukawen., Tahun baru Islam, tauhid, Tgk.Beureunun